Powered By Blogger

Kamis, 16 April 2009

MUDZAKARAH QUBUR

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Perkataan azab bererti hukuman, seksaan, kesengsaraan atau kesusahan. Manakala perkataan kubur pula bermaksud tempat menanam mayat. Jika disebutkan perkuburan bermakna tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang yang telah mati atau permakaman.

Mayat sama ada ditanam, ditenggelamkan, terbakar jadi debu atau dimakan binatang; mereka disebut berada di alam barzakh. Maka pengertian kubur yang dikaitkan dengan kesenangan atau azab ialah alam kubur yang berada di antara alam kehidupan dunia dengan alam akhirat iaitu alam barzakh.

Alam Barzakh

Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.

Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia. (Ensiklopedia Isam: 3/8-9)

Pengarang kitab Mu‘jam Alfaz as-Shawfiyah menyatakan perkataan barzakh dari sudut bahasa ialah sekatan atau pemisah di antara dua sesuatu seperti bercakap adalah pemisah di antara manusia dengan binatang. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya“ (Surah ar-Rahman: 19-20)

Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat.

Jadi alam barzakh ialah alam yang terdapat di antara dunia dan akhirat. Alam ini boleh dikatakan sebagai tempat sementara penghuni dunia untuk sampai ke hari Kiamat.

Menurut al-Qurtubi ketika menafsirkan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “… Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Surah al-Mukminun: 100)

Beliau menjelaskan bahawa barzakh itu ialah alam di antara kematian dan kebangkitan. (Tafsir al-Qurtubi: 6/113)

Pengarang kitab Akidah al-Mukmin pula menyatakan tujuan wujudnya alam barzakh ialah untuk menghimpunkan semua roh dan bersiap sedia memasuki alam akhirat. Dengan kedudukannya yang seperti itu, maka alam barzakh berfungsi sebagai pendinding atau pemisah di antara dua kehidupan lain iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Dengan perkataan lain, alam barzakh ialah alam penantian atau ruang menunggu untuk masuk ke alam akhirat selepas kematian. (Halaman 409-501)

Dalil-Dalil Yang Menyatakan Azab Kubur Dalam Al-Qur’an

Pensabitan azab kubur di dalam al-Qur’an telah dijelaskan oleh para ulama tafsir yang muktabar lagi masyhor. Mereka itu termasuklah Imam al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Imam Muhammad ar-Razi Fakhr al-Din dan lain-lainnya menyebut perkara tersebut dan kewajipan beriman dengannya di dalam kitab-kitab mereka.

Ayat-ayat al-Qur’an yang menjadi bukti wujudnya azab kubur antaranya ialah:

1. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan pertunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan ضنكا (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih. Telah disebutkan dalam kitab at-Tazkirah, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata: “Disempitkan kubur orang kafir itu sehingga tulang-tulang berselisih”. (At-Tazkirah: 151-152 & al-Qurtubi: 6/3307)

2. Firman Allah Ta`ala:

Tafsirnya: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)

Ayat di atas menceritakan tentang berlakunya pendedahan bahan-bahan api neraka di alam barzakh. Perkara ini bertepatan dengan pendapat jumhur ulama sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Qurtubi bahawa bahan-bahan api neraka yang didedahkan pada waktu pagi dan petang itu berlaku di alam barzakh. Sebahagian ahli ilmu pula menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Mereka mengatakan bahawa ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)

Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh. Beliau berkata:

Maksudnya: “Ayat ini adalah sebenar-benar sumber mengenai pensabitan Ahli Sunnah terhadap berlakunya azab kubur di alam barzakh”.

3. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Mereka ditenggelamkan (dengan bah taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka” (Surah Nuh: 25)

Al-Qurtubi menafsirkan perkataan “dimasukkan ke dalam api neraka” iaitu selepas mereka (kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam) ditenggelamkan. Berkata al-Qusyairi:

Maksudnya: “Inilah bukti (berlakunya) azab kubur (yang berlaku ke atas kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam, ditenggelamkan dengan bah taufan dan pada hari akhirat dimasukkan ke dalam api neraka)”

Dengan perkataan lain sebagaimana riwayat Abu Rauq daripada ad-Dahak bahawa di dunia mereka diazab dengan api neraka sekaligus ditenggelamkan. Yakni mereka ditenggelamkan pada satu sudut dan pada sudut yang lain mereka dibakar di dalam air lautan. (Al-Qurtubi: 9/5187-5188)

Imam an-Nasafi menjelaskan bahawa mereka kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam ditengelamkan dengan bah taufan dan dimasukkan ke dalam api neraka disebabkan oleh kesalahan-kesalahan mereka yang banyak. Huruf fa’ dalam ayat ialah )untuk pemberitahuan) iaitu mereka diazab dengan api neraka ketika ditenggelamkan. Inilah dalil dan bukti wujudnya dan sabitnya azab kubur. (Tafsir An-Nasafi: 4/297)

4. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)

Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786). Ini kerana Allah Ta‘ala telah berfirman:

Tafsirnya: “(Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa”. (Surah At-Thuur: 45)

Menurut beliau (at-Qurtubi) hari yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah hari terakhir di dunia. Ini adalah bukti bahawa azab yang dihadapi (di dunia) itu ialah azab kubur. (At-Tazkirah: 152)

5. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takatsur: 1-3)


Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur

Berita dan khabar yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersumber daripada wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu, setiap hamba Allah Ta‘ala wajib mempercayainya dan beriman dengannya. Inilah i`ktiqad orang-orang Islam.

Maka banyak hadis-hadis shahih yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat hadis yang masyhur seperti al-Bukhari dan Muslim secara terang-terang menyebutkan tentang sabitnya kewujudan azab kubur, antaranya:

1. Riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, katanya:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha telah berkata: “Telah datang kepada ku dua orang tua Yahudi Madinah sambil berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya ahli kubur itu diazab dalam kubur-kubur mereka. Aisyah Radhiallahu ‘anha menjawab: “Kamu berdua berbohong dan aku tidak mempercayai kamu lalu kedua orang tua Yahudi itu pun keluar. Tatkala masuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, aku bertanya kepada Baginda: “Ya Rasulallah! Sesungguhnya dua orang tua Yahudi Madinah telah berjumpa aku dan keduanya menyangka bahawa ahli kubur itu diazab di dalam kubur-kubur mereka.
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Benar kata-kata kedua orang Yahudi itu, sesungguhnya mayat-mayat itu diazab sehingga didengar akannya oleh sekalian binatang. (Aisyah Radhiallahu ‘anha) berkata: “Aku tidak melihat Baginda selepas sembahyang kecuali (berdoa) memohon perlindungan daripada azab kubur”.
(Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)

3. Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)

4. Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)

5. Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)

6. Daripada Zaid bin Sabit menceritakan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melintasi beberapa kubur, Baginda bersabda: Maksudnya: “Siapa yang mengetahui mayat-mayat di kuburkan ini? Seorang Lelaki menjawab: “Saya”. Baginda bertanya: “Bilakah mereka mati? Lelaki itu menjawab: “Mereka mati ketika dalam kafir”.Baginda bersabda: “Sesungguhnya umat ini akan dicuba di dalam kuburnya. Jika tidak kerana kamu tanamkan (mayat-mayat) ini nescaya aku memohon kepada Allah supaya kamu diperdengarkan daripada azab kubur sebagaimana aku dengar daripada kubur-kubur ini. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab neraka”. Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab api neraka”. Baginda bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab kubur”. Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur”… Hadis riwayat Muslim)

Maka jelas daripada segala hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah sabit dan benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.

Walau bagaimanapun dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta‘ala azab boleh diringankan berdasarkan beberapa hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Antaranya:

1. Riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, katanya:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa besar yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah buah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Riwayat daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu meninggal dunia akan dibentangkan kepadanya tempat duduk pada waktu pagi dan petang. Sekiranya dia ahli syurga maka dia penghuni ahli syurga dan sekiranya dia ahli neraka maka dia adalah penghuni ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: “Inilah tempat dudukmu sehingga Allah membangkitkan engkau semula di hari Kiamat” (Hadis riwayat Bukhari)

Manakala azab yang putus ialah seseorang yang diazab dengan api neraka pada suatu waktu yang ditentukan kemudian ia dikeluarkan semula daripada azab tersebut. Sebagai contoh seseorang yang diazab disebabkan dosanya kemudian ia dikeluarkan atau diringankan daripada azab tersebut disebabkan oleh doa, pahala sedekah, pahala haji atau pahala bacaan al-Qur’an yang sampai kepada si mati oleh sanak keluarga atau orang lain. Ini sesuai dengan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya”. (Surah al-Baqarah: 255)


Ibnu Abi ad-Dunia menyebutkan satu cerita Abdullah bin Nafi‘ katanya:

“Telah mati seorang lelaki daripada orang Madinah lalu aku melihat dia seolah-olah sebagai ahli neraka dan dia sangat berdukacita kerana yang demikian itu. Kemudian selepas beberapa ketika aku melihatnya pula seolah-olah sebagai ahli syurga. Lalu aku bertanya: “Tidakkah engkau berkata bahawa engkau tergolong daripada ahli neraka”. Dia menjawab: “Sememangnya begitu (sebagaimana yang aku katakan kepadamu) kecuali setelah dikuburkan bersama-sama kami ini seorang yang salih dan kerananya telah mendapat syafaat seramai empat puluh orang di sekeliling kuburnya dan aku termasuk daripada mereka yang mendapat syafaat itu”.

FITNAH KUBUR, KENIKMATAN DAN SIKSAAN YANG BAKAL DIALAMI DI DALAMNYA.

Iman kepada perkara ghaib termasuk di antara sejumlah kewajiban terbesar bagi seorang muslim. Dan di antara iman kepada perkara ghaib itu ialah iman kepada setiap keterangan yang berasal dari Allah dan yang berasal dari Rasul-Nya yang berkenaan dengan pertanyaan dua Malaikat di dalam kubur, serta apa yang akan dialami mayit di dalamnya berupa kenikmatan dan siksaan.

Ahlus Sunnah wal Jama'ah, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang yang telah wafat di antara mereka dan menjaga orang-orang yang masih hidup di antara mereka, beriman dan percaya kepada ini semua sebagai-mana ditunjukkan oleh keterangan-keterangan tekstual (nash-nash).

Di dalam buku 'aqidahnya, ath-Thahawi berkata:”

Dan kepada siksa kubur (yakni) kita beriman- memang ada untuk orang yang memang pantas untuk merasakannya dan juga beriman kepada pertanyaan dua Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kuburnya tentang Rabbnya, agamanya dan Nabinya sesuai dengan berita-berita yang telah disampaikan dari Rasulullah dan para sahabat ridhwanullah 'alaihim."

Kubur merupakan salah satu taman di antara taman-taman Syurga atau salah satu liang di antara liang-liang Neraka.1

Pensyarah kitab 'Aqidah ath-Thahawiyah, Ibnu Abi al-'Izz al-Hanafi berkata:

"Berita-berita yang berasal dari Rasulullah tentang tetapnya siksa kubur dan kenikmatannya bagi orang yang memang berhak mendapatkan-nya, dan juga tentang pertanyaan dua Malaikat, benar-benar tepat (mutawatir) sehingga wajib untuk menyakini dan mengimaninya tanpa membicarakan kaifiyah (bagaimana) nya. Sebab, memang tidak ada hak bagi akal untuk mengetahui hakikatnya, karena tidak pernah dikenal pada kehidupan (dunia) ini."

Syari'at tidak datang dengan membawa sesuatu yang tidak bisa diterima oleh akal (daya nalar), tetapi terkadang datang dengan membawa sesuatu yang membikin bingung daya nalar.

Dalam penegasan tentang tetapnya siksa kubur dan kenikmatannya, kalangan Ahlus Sunnah merujuk kepada keterangan-keterangan tekstual yang bersumber pada al-Qur'an dan as-Sunnah.

Yang bersumber dari al-Qur'an ialah, firman Allah Ta'ala yang berbunyi:

"Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka, dan Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh adzab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan Neraka pada pagi dan petang hari dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada Malaikat): 'Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam adzab yang sangat keras.'" (QS. Al-Mu'min (Ghafir): 45-46).

Allah Ta'ala menyampaikan berita kepada mereka, bahwa mereka kelak akan disiksa pada hari kiamat jauh lebih keras daripada siksaan mereka terdahulu yaitu ketika mereka di dalam kubur, secara pasti. Alasannya, sebagian mereka telah mati dan tidak pernah merasakan siksaan di dunia, maka ini berarti menunjukkan adanya siksa kubur.

Dan firman Allah Ta'ala:

"Maka, biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan, (yaitu) hari ketika tidak berguna bagi mereka sedikitpun tipu daya mereka dan mereka tidak ditolong. Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zhalim ada adzab selain itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (QS. Ath-Thuur: 45-47).

Ini mungkin difahami, bahwa yang dimaksud ialah siksaan yang mereka terima melalui pembunuhan (dalam peperangan) dan lain sebagainya, di samping mungkin pula difahami bahwa yang dimaksud ialah siksaan yang mereka terima di alam Barzakh, dan inilah nampaknya yang paling nyata. Sebab, banyak di antara mereka yang mati namun tidak pernah merasakan siksaan di dunia.

Selain itu, bisa pula difahami bahwa yang dimaksud lebih umum dari itu, yaitu bahwa siapa yang mati diantara mereka akan disiksa di dalam kuburnya, sedang yang masih hidup di antara mereka akan disiksa di dunia melalui pembunuhan dan sebagainya. Jadi, merupakan ancaman akan datangnya siksaan bagi mereka di dalam dunia dan di alam Barzakh (alam kubur).

Hadits Anas yang meriwayatkan, bahwa Nabi bersabda:

"Sesungguhnya seorang hamba apabila telah diletakkan di dalam kuburnya dan ditinggalkan oleh kawan-kawannya, maka ia bisa mendengar derap sandal-sandal mereka, kemudian ia didatangi oleh dua Malaikat, lalu keduanya mendudukkannya dan mengatakan kepadanya:

'Apa yang dulu engkau katakan tentang orang itu, yakni Muhammad?'

Ada-pun orang mukmin, maka ia akan menjawab:

'Aku bersaksi bahwa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.'

Maka ia diberi tahu:’

Lihatlah kepada tempatmu di Neraka yang telah ditukarkan oleh Allah dengan suatu tempat di Surga.'

Rasulullah menjelaskan: 'Ia pun melihat dua tempat itu semuanya.

Adapun orang kafir dan munafik, kedua Malaikat itu berkata kepadanya:

'Apa yang dulu engkau katakan tentang lelaki ini?'

Maka ia akan menjawab:

Aku tidak tahu, dahulu aku berkata dengan apa yang dikatakan oleh orang lain.'

Kedua Malaikat itu berkata:

'Engkau tidak mengetahui dan tidak pernah membaca.'

Lalu ia pun dipukul dengan godam dari besi tepat di antara dua telinganya, hingga menjerit dengan jeritan yang keras serta dapat didengar oleh (seluruh) makhluk yang ada di atasnya selain manusia dan jin."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).2

Dan hadits al-Barra' bin 'Azib yang cukup populer, yang mana di dalamnya disebutkan:

"Kami menguburkan jenazah di pekuburan Baqi', tiba-tiba datang kepada kami Nabi, lalu beliau duduk dan kami pun duduk di sekitar-nya. Ketika itu seakan-akan di atas kepala kami ada burung dan pada saat itu sedang digali kubur untuk jenazah, maka Nabi berucap:

'Aku berlindung dan siksa kubur,' sebanyak tiga kali.

Nabi berkata:

Lalu dikembalikan ruhnya ke dalam jasadnya, maka datanglah kepada-nya dua Malaikat dan mendudukkannya.

Kemudian keduanya berkata kepadanya:

Siapa Rabbmu.'

Jawabnya:

Rabbku ialah Allah.'

Keduanya berkata lagi:

Apa agamamu?'

Jawabnya: 'Agamaku Islam.'

Keduanya berkata lagi: Apa (kedudukan) lelaki ini yang diutus di tengah-tengah kalian?'

Jawabnya:

Dia adalah Rasulullah.'

Keduanya masih bertanya:

Apa pengetahuanmu?'

Jawabnya:

Aku telah membaca Kitab Allah, maka aku pun mengimaninya dan membenarkannya.'

Tiba-tiba terdengar suara penyeru dari langit:

Bahwa hamba-Ku benar, maka berilah ia permadani dari Syurga dan bukakanlah untuknya pintu menuju ke Surga.'

Tiba-tiba berhembuslah kepadanya angin Surga dan keharuman aromanya, serta diperluaslah untuknya kuburannya sejauh pandangan matanya.

Setelah itu datang pula kepadanya seorang pria berwajah tampan, berpakaian bagus dan beraroma harum, dan berkata:

Bergembiralah atas segala apa yang menyenangkanmu, inilah hari yang dahulu telah dijanjikan kepadamu.'

Ia bertanya:

Siapa Anda? Wajahmu adalah wajah yang mendatangkan kebaikan.'

Pria itu menjawab:

Aku adalah amal perbuatanmu yang shaleh.'

Lalu ia berkata: 'Ya Rabb, dirikanlah kiamat supaya aku dapat kembali kepada keluarga dan harta bendaku.'

Adapun orang kafir, lalu dikembalikan ruhnya kepada jasadnya, dan ia pun didatangi dua Malaikat yang langsung mendudukkannya, kemudian keduanya berkata:

Siapa Rabbmu?'

Jawabnya: 'Ah, ah, aku tidak tahu.'

Keduanya berkata lagi:

Siapa laki-laki yang diangkat (sebagai Rasul) di tengah-tengah kalian?'

Ia menjawab: 'Ah, ah, aku tidak tahu.'

Tiba-tiba terdengar suara penyeru dari langit:

Bahwa ia telah mendustakan, maka berilah ia perlengkapan dari Neraka dan bukakanlah untuknya sebuah pintu menuju ke Neraka.

Tiba-tiba menerpa-lah kepadanya hawa panasnya serta racun-racunnya, dan dipersempit-lah untuknya kuburannya hingga tulang-tulang rusuknya saling bersilangan."
(HR. Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan Ibnu Majah dan lainnya sanadnya shahih sebagaimana disebutkan oleh para ulama seperti Syaikh Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu Fatawa 4/290, Ibnu Qayyim dalam kitab Ar-Ruh hal. 68, al-Qurthubi dalam Tadzkirah hal. 119 dan lihat Ahwalul Qubur oleh Ibnu Rajab hal. 38-39).

Selain itu, telah nyata pula keshahihan berita yang menceritakan, bahwa Nabi telah menyuruh kita untuk berlindung dari siksa kubur, dan ini tentu saja menunjukkan keberadaannya. Semoga Allah melindungi kita darinya.

Hadits-hadits yang berkenaan dengan siksa kubur serta kenikmatan-nya bagi orang yang memang berhak untuk mendapatkannya sangat banyak jumlahnya, bahkan di antara ulama ada yang mencantumkannya di dalam sejumlah karya khusus yang membahas masalah tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar